AISAH BINTI AHMAD SUTAN
SB170604899
KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
PERIBAHASA
Tarikh/ Hari : Isnin/ 5 Jun 2018
Masa : 8.00 – 9.00 Pagi
Kelas : Ting 3 Usm
Bil. Pelajar : 25 Pelajar
Topik : Peribahasa
Standard Pembelajaran : Murid Memahami Dan Memberi Respon Tentang Peribahasa.
Objektif Pembelajaran :
Pada Akhir Pembelajaran Pelajar Dapat :
1) Memahami Maksud Peribahasa
2) Mengetahui Contoh dan jenis Peribahasa
3) Membuat Aktiviti Di Dalam Kelas Dengan Berkesan
Strategi : Tugasan Individu Dan Berkumpulan
Konsep : Memahami Peribahasa Dan Contoh Dan Jenis Ayat
ABM :
1. Projector
2. Komputer/ Laptop
3. Pendrive
4. Video Youtube
5. Kerta Kerja
6. Pow Toon Slideshare Powerpoint
Nilai : Kerjasama, Tanggungjawab,
Kemahiran : Teknik Bacaan, Belajar Peribahasa Yang Betul
Pengetahuan Sedia Ada :
Pelajar Sudah Mengetahui Peribahasa Dan Jenis Peribahasa
· Simpulan Bahasa
· Perumpamaan
· Bidalan
· Pepatah
· Perbilangan
Masa
|
Standard pembelajaran
|
Aktiviti pengajaran pembelajaran
|
Catatan
|
|
|
Aktiviti guru
|
Aktiviti murid
|
|
Set induksi
10 minit
|
Memahami maksud peribahasa
Mengetahui jenis peribahasa
|
Guru menerangkan kepada murid tentang maksud peribahasa melalui slideshare powerpoint
Guru memberi pendedahan mengenai peribahasa melalui tayangan video youtube.
Guru mengajukan soalan kepada murid mengenai peribahasa yang murid ketahui
|
Murid membaca maksud peribahasa simpulan bahasa secara individual
Murid mengaplikasi menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam mendalami maksud peribahasa
|
ABM :
Laptop
Projektor
Slideshare powerpoint
|
Perkembangan
1
15 minit
|
Membuat aktiviti secara individu
Mencari kata tersembunyi ayat simpulan bahasa
Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah bagi menguji keupayaan dan kecekapan minda para peserta bagi mencari kata (simpulan bahasa) yang tersembunyi disebalik huruf-huruf yang tersusun rapi.
|
Guru menarik minat peserta untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti di dalam kelas bersama pelajar.
Guru juga dapat meningkatkan pengetahuan murid dalam bahasa melayu terutama dalam penggunaan simpulan bahasa.
|
Sebelum memulakan aktiviti, pelajar diberi penerangan oleh guru mengenai penggunaan simpulan bahasa dalam bahasa melayu.
Selepas itu, pelajar dikehendaki mencari kata (simpulan bahasa) dalam kertas soalan yang diberikan oleh guru di dalam kelas
Murid yang terpantas dalam menjawab soalan tersebut akan mendapat hadiah yang telah disediakan.
Murid menganalisis dan mencerakinkan maklumat peribahasa kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian peribahasa
|
ABM
Kertas kerja
Kad peribahasa
|
Perkembangan
2
15 minit
|
Perbincangan
Di dalam berkumpulan mengenai aktiviti yang guru berikan di dalam kelas.
Membuat aktiviti secara berkumpulan
PERMAINAN TELEFON ROSAK OBJEKTIF
|
Guru memberi penerangan kepada murid tentang aktiviti permainan bahasa yang dijalankan di dalam kelas.
Guru membahagikan murid kepada 5 orang di dalam satu kumpulan.
Guru perlu menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap kumpulan.
|
Membolehkan pelajar menghafal beberapa ungkapan tertentu dan menyampaikannya kepada rakan dengan tepat.
Murid bermain secara berkumpulan.
Langkah:
Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Setiap
Kumpulan mempunyai bilangan ahli yang sama.
Ketua kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau ayat yang perlu diingati.
Ketua kumpulan perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu kepada orang kedua dan orang kedua pula membisikkan kepada orang ketiga dan seterusnya kepada orang terakhir.
Pelajar terakhir akan menyampaikan maklumat yang didengari melalui bisikan tersebut.
Laporan maklumat kumpulan yang tepat akan dianggap pemenang.
Murid menilai dan membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta memberi justifikasi melalui aktiviti Permainan Telefon Rosak Objektif
|
ABM
Kertas kerja
Kad yang mengandungi ayat simpulan bahasa berserta maksud.
|
Penutup
10 minit
|
KEMAHIRAN BELAJAR
|
Guru menerangkan tentang keseluruhan jenis peribahasa secara ringkas melalui nota peribahasa.
Contoh Simpulan bahasa berserta maksud
Contoh Pepatah berserta maksud
Contoh Bidalan berserta maksud
|
Murid membuat nota ringkas jenis jenis peribahasa dn dilekatkan di dinding kelas.
Murid mencipta dan menghasilkan idea , peta minda atau nota ringkas yang kreatif dan inovatif mengikut kreativiti mereka masing-masing.
|
ABM
Manila kad
Kertas kerja
Pensel warna
Warna krayon
Warna air
|